Seorang jurugambar terkejut apabila gambarnya dimanipulasi untuk propaganda pihak lain dan disebarkan di media sosial.
Gambar menyayat hati menunjukkan seorang kanak-kanak tidur di sebelah kuburan ibu-bapanya didakwa berlaku di Syria dan telah menjadi viral di laman-laman sosial dan blog sejak beberapa bulan lalu.
Namun jurugambar, Abdul Aziz Al-Otaibi mendedahkan bahawa gambar itu adalah miliknya dan bukannya berlaku di Syria. Sebaliknya, gambar itu diambil di Arab Saudi dan merupakan satu projek seni beliau yang mahu menggambarkan kasih sayang seorang anak kepada ibu-bapanya yang sukar ditukar ganti.
Lokasi, prop dan latar telah dirancang awal |
"Saya benar-benar terkejut bagaimana gambar saya dimanipulasi. Gambar itu langsung tiada kena mengena dengan Syria" Kata Otaibi.
"Saya benar-benar marah dengan perkara ini. Ia tidak adil untuk mengambil gambar saya dan menggunakannya untuk propaganda anda." tambahnya lagi.
KONGSI
& Komentar
Tweet