Screen Shot BiPOP |
Sebelum ini hangat diperkatakan isu seorang pelakon gigih meniru gaya dan fesyen yang sering digayakan pelakon cantik, Nur Fazura.
Dikatakan juga pelakon yang dimaksudkan itu ialah Hanez Suraya, yang turut memiliki wajah seiras dengan Fazura pada perkiraan penulis.
Fazura juga sudah menjelaskan dia tidak bermaksud memerli sesiapa menerusi post di laman Instagramnya sebelum ini yang mengatakan mengenai perkara tersebut.
Namun, kalau tak ada berlaku apa-apa ‘pertelagahan’ di antara mereka, kenapa Fazura menyekat akses Hanez ke Instagramnya?
Ini kerana menurut Hanez memetik laporan Bi-Pop hari ini, “setahu dan sepanjang pengetahuan saya, memang tiada masalah antara kami. Tak tahulah kalau dia tak puas hati di belakang”.
“Selama ini pun kami saling mengikuti di laman Instagram, cuma baru-baru ini saya buka profilnya tetapi akses saya sudah disekat (block). Saya kurang faham kenapa jadi begitu. Kalau ada masalah antara kami, boleh bawa berbincang atau ditegur secara baik,” ulas Hanez panjang lebar.
Rasanya kedua-duanya figura jelita ini mempunyai citarasa berfesyen yang sama, jadi rasanya tak timbul isu siapa copycat siapa.
Dah kebetulan wajah mereka seiras, itu yang nampak macam Hanez tiru Fazura kot.
Harap-harap perkara sebegini tidak menjejaskan hubungan baik dan profesional mereka dalam bidang ini.
Oleh: AUDREY LEE
KONGSI
& Komentar
Tweet