Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Superintendan V. Sivanathan berkata, penumpang itu yang berusia 42 tahun dipercayai menyebabkan kebakaran tersebut selepas dia merokok di dalam tandas bas itu yang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan.
Namun dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, kesemua 30 penumpang dan dua pemandu bas tersebut sempat menyelamatkan diri.
Bas tersebut musnah terbakar sebelum pihak bomba tiba untuk memadam kebakaran. - Bernama
KONGSI
& Komentar
Tweet