Dalam kejadian jam 6.50 pagi itu, kenderaan berkenaan yang dipandu seorang lelaki tempatan membawa seorang lelaki dan tujuh wanita yang dipercayai pekerja pencuci bangunan dari Pantai Dalam menghala ke ibu kota.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Hamid Daud berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu jam 6.58 pagi dan ketika jentera pertama diketuai Salmi Abd Mukti dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai tiba di lokasi kejadian, sembilan mangsa ditemui terperangkap dalam kenderaan berkenaan termasuk pemandu.
Beliau berkata, ketika itu, kereta berkenaan sudah terbalik dan semua mangsa menjerit meminta tolong.
KENDERAAN pacuan empat roda terjunam tiga meter ke laluan motosikal. -Kredit Gambar: FB Page Bomba Malaysia
“Kami dengan bantuan orang ramai mengeluarkan semua mangsa dengan selamat. Kebanyakan mangsa cedera pada muka, tangan dan kaki. -Harian Metro
KONGSI
& Komentar
Tweet