Beberapa keping gambar tragis detik-detik seorang wanita maut disambar petir dikongsikan jurugambar, Rogerio Soares yang secara tidak sengaja merakamnya.
Wanita yang dikenali sebagai Rosangela Biavieti,36 mati ditempat kejadian ketika beriadah di sebuah pantai, Guaruja Resort, Brazil.
Semasa kejadian, Rosangela memanggil anaknya yang berumur 11 tahun bersama anak buahnya yang sedang mandi di laut agar segera keluar memandangkan ribut sedang membadai di kawasan teluk Sao Poulo ketika itu.
Namun, tanpa disangka, ketika dia berlari menuju ke laut, petir telah menyambar tubuhnya.
Keluarga Rosangela yang berada berhampiran dengannya panik dan cuba memberikan bantuan dengan melakukan tekanan pada dadanya namun semuanya sudah terlambat.
KONGSI
& Komentar
Tweet