BANGALORE - Seorang pekerja sebuah hospital swasta ditahan selepas seorang pelajar Malaysia menuduhnya berkelakuan sumbang terhadapnya dalam pesawat.
Menurut laporan akhbar Times of India, pelajar wanita itu yang belajar di kolej pergigian di Mangalore memberitahu lelaki berumur 36 tahun tersebut menyentuhnya dengan tidak wajar dalam penerbangan pesawat JetKonnect dari Bangalore ke Mangalore pada Selasa lalu.
Pesawat itu meninggalkan Bangalore pada 7 pagi.
Pelajar itu menuduh lelaki tersebut berkelakuan tidak wajar dan walaupun dia tidak membuat laporan kepada kru kabin.
Bagaimanapun dia membuat laporan kepada staf syarikat penerbangan tersebut selepas mendarat seterusnya memberitahu pihak polis di Mangalore agar menahan lelaki tersebut untuk di soalsiasat. - Bernama
KONGSI
& Komentar
Tweet