Sumber Gambar: Blogbahni
Kota Kinabalu: Misteri penemuan sebuah kenderaan yang remuk tanpa pemandu akibat kemalangan di Jalan Coastal, di sini, Selasa lalu, akhirnya terjawab apabila pemandunya ditemui mati dalam parit sedalam dua meter berhampiran kawasan itu, semalam.
Dalam kejadian jam 11 pagi, mayat pemandu, Nelson Thien Hua Keong, 33, ditemui dalam keadaan terbaring oleh seorang lelaki yang sedang menjalankan kerja pembaikan kabel berhampiran parit berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada Selasa lalu apabila kereta jenis PERODUA ViVa dipandu mangsa dipercayai terbabas dan tersadai di jalan terbabit.
“Anggota polis dimaklumkan mengenai perkara itu dan menemui kereta dalam keadaan remuk manakala pemandunya gagal ditemui.
“Ketika itu, mangsa dipercayai dihantar ke hospital oleh orang ramai.
“Kenderaan itu kemudian ditunda ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.
“Namun hari ini (semalam), polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat seorang lelaki di dalam parit berhampiran lokasi kenderaan itu terbabas.
“Hasil siasatan, kita yakin mayat ditemui adalah pemandu kereta yang ‘hilang’ dua hari lalu,” katanya, semalam.
Jauteh berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hopsital Queen Elizabeth (HQE), di sini, untuk dibedah siasat.
“Polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta memaklumkan kepada polis untuk membantu siasatan,” katanya.
Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Ali, 33, berkata, dia bersama dua rakannya sedang membaiki kabel di kawasan berhampiran. -Harian Metro
Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Ali, 33, berkata, dia bersama dua rakannya sedang membaiki kabel di kawasan berhampiran. -Harian Metro
KONGSI
& Komentar
Tweet