Monday, 20 January 2014

Suami paksa isteri buat hubungan diluar tabii di hadapan anak

Posted By: TTO Admin - 20.1.14
Gambar Hiasan
KANGAR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis kini mengesan seorang wanita yang sering dipaksa suaminya melakukan aksi se ks termasuk di luar tabii di hadapan ketiga-tiga anaknya di ruang tamu rumah sejak tujuh tahun lalu.

Jurucakap JKM negeri berkata, pihaknya mahu mengumpul maklumat lengkap mengenai kejadian terbabit selain cuba memberi khidmat kaunseling dan perlindungan kepada mangsa berusia 30-an serta tiga anaknya berusia tujuh hingga 15 tahun.

Katanya, ketiga-tiga anak mangsa boleh dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 bagi menghalang mereka diperlakukan dengan kejam oleh bapa mereka.

“Mangsa yang juga isteri suspek juga boleh dilindungi di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 yang memberi perlindungan kepadanya daripada dianiaya suami walaupun tinggal sebumbung.

“Kami akan berjumpa mangsa bagi mendapatkan gambaran kejadian dan menyiasat kes ini sama ada dia serta anaknya benar diperlakukan sedemikian rupa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, pada masa sama, pihaknya perlu terlebih dulu mendapatkan laporan perubatan mangsa jika suaminya pernah melakukan hubungan seks di luar tabii ke atasnya.

Katanya, pihaknya juga akan berhubung dengan polis bagi mendapatkan maklumat dan perkembangan siasatan bagi tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri (JPWN) Perlis, Muhamad Hazimin Jamaludin berkata, pihaknya bersedia untuk memberi khidmat kaunseling kepada mangsa jika dia bercerai, sekali gus bergelar ibu tunggal.

Selain itu, katanya, pihaknya akan membantu daripada segi sokongan moral dan bantuan sokongan perniagaan kepadanya bagi menampung kos kehidupan pada masa depan.

“Di Perlis, terdapat lebih 5,000 ibu tunggal berdaftar dengan JPWN bagi mendapat bantuan yang dimaksudkan.

“Kami bukan menggalakkan mangsa untuk bercerai, cuma mahu orang ramai tahu perceraian itu bukan satu perkara yang bermaksud pengakhiran bagi kehidupan seseorang wanita,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan seorang penjawat awam mengharungi neraka dunia apabila sering dipaksa suaminya melakukan aksi se ks termasuk aksi luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka di ruang tamu rumah mereka.

Lebih menjijikkan, suami bernafsu binatang itu juga sudah merakam aksi ‘bersama’ mereka sejak dari malam pertama perkahwinan sehingga kini. -Harian Metro

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab