Friday 10 January 2014

UPDATE: Wajah suspek curi ubi kentang kini diburu Polis

Posted By: TTO Admin - 10.1.14

SHAH ALAM, 10 Januari – Pihak Polis sedang mengesan dua suspek lelaki yang terlibat dalam satu kes curi ubi kentang yang melibatkan nilai sebanyak RM100ribu.

Pihak polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan suspek-suspek yang masih bebas ini dengan menghubungi Insp. Norharman, di talian 019-4712767, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang ditalian 03-33712222 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran. -PDRM Selangor


UPDATE: 7 ditahan, 2 suspek masih diburu

SHAH ALAM, 10 Januari – Tujuh lelaki termasuk dua warga asing berumur antara 26 hingga 38 tahun ditahan kerana disyaki mencuri dua buah lori kontena yang mempunyai muatan ubi kentang segar yang diimport dari luar negara dengan anggaran nilai RM100,000.00. 

Ketujuh lelaki tersebut berjaya ditahan di dua lokasi berasingan di Klang dan Sungai Buloh. Semasa serbuan dilakukan di sebuah kilang yang terletak di Kampung Baru Sungai Buloh mendapati enam suspek yang ditahan sedang menjalankan aktiviti pembungkusan semula ubi kentang yang dipercayai telah dibeli oleh pemilik kilang tersebut untuk dipasarkan semula.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Dato’ Mohd Adnan b. Abdullah dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sebentar tadi memberitahu bahawa berdasarkan siasatan awal terhadap suspek pertama yang ditahan di sebuah stesen minyak di Bandar Sultan Suleiman, Klang, pihak polis telah berjaya menemukan semula dua buah lori kontena yang dicuri di dua lokasi berasingan iaitu di Persiaran Anggerik Aranda, Kota Kemuning dan di Kota Damansara. Tambahnya lagi salah seorang daripada suspek mempunyai dua rekod kesalahan yang melibatkan Akta Penapisan Filem serta Akta Senjata Berbahaya.

Dalam perkembangan sama beliau berkata pada Sabtu lalu lori kontena yang diletakkan di hadapan sebuah gudang di Jalan Seruling 57, Taman Klang Jaya telah disedari hilang oleh pengurus syarikat sekitar jam 7.30 pagi. Beliau yang menyedari kejadian tersebut telah membuat laporan polis di Balai Polis Klang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Suspek direman sehingga 12/01/2014 manakala warga asing yang terlibat direman sehingga 22/01/2014. -PDRM Selangor

Gambar:


Lori kontena berisi ubi kentang (bernilai RM100k) yang berjaya dipintas Polis:

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab