Thursday 19 September 2013

Tun Abdul Razak talibarut Jepun? Info dan bukti bergambar didedahkan!

Posted By: TTO Admin - 19.9.13
Gambar yang disebarkan yang mendakwa Tun Abdul Razak sebagai talibarut Jepun.
Heboh satu negara apabila tersebarnya satu gambar Tun Abdul Razak, Perdana menteri ke-2 yang didakwa menjadi talibarut Jepun ketika perang dunia kedua berlaku. Namun sebuah blog telah menangkis dakwaan yang dianggap sebagai fitnah besar kepada Negarawan dengan menunjukkan info dan bukti bergambar bahawa Tun Abdul Razak adalah pejuang negara yang tulen.

Dua gambar dibawah menunjukkan Tun Abdul Razak menganggotai pasukan FORCE 136/Wataniah. Menurut blog ini;
Salah satu sebab kenapa tentera Jepun kalah kerana kejayaan FORCE 136/Wataniah melancarkan perang gerila terhadap Jepun. Antara pasukan FORCE 136 / Wataniah yang berjaya adalah kumpulan pimpinan Tun Razak di Pahang. Tak percaya? Cuba baca pendedahan blogmalaysiaflyingherald

The fact is that some of Malay radicals known as Kesatuan Melayu Muda – KMM (Young Malay Union) that have been recruited and fooled by Japanese espionage network prior to the hostilities which has helped the Japanese. Furthermore, if the Malays were very much keen on kicking out the Brits, then why did they joined Force 136 and Askar Wataniah (in Pahang) as part of the guerrilla forces that wreck havoc to the Japanese in the next few years of Japanese Occupation of Malaya? Is this a systematic approach to deny the contribution of Malay in the fight against Imperial Japan?
Baca seterusnya di sini : http://malaysiaflyingherald.wordpress.com/2013/07/03/setting-the-record-straight-malays-in-world-war-2/

Selain itu satu, dalam satu artikel bertajuk  'Carefree Days' nukilan Almarhum DYMM Tuanku Jaafar Tunku Abdul Rahman di dalam buku bertajuk 'Tun Abdul Razak : A Personal Potrait' yang diterbitkan pada tahun 2005 .
Razak joined the Wataniah (the Malay anti-Japanese resistance movement) but remained in the Japanese administration as an undercover agent.



Terjemahannya :
Razak menyertai Wataniah (gerakan Melayu anti-Jepun) tetapi terus berada di pentadbiran Jepun sebagai agen menyamar (undercover agent)




Blog itu juga menyangkal dakwaan bahawa info dan bukti bergambar yang didedahkannya bukan ciptaan atau untuk mempertahankan bapa Datuk Seri Najib kerana mendakwa fakta dan gambar tersebut telah diterbitkan lebih awal iaitu pada bulan Julai sebelum tersebarnya gambar Tun Razak berpakaian askar Jepun.
Satu fakta yang tidak dapat disangkal adalah dengan adanya pasukan Wataniahlah, Bintang Tiga atau MPAJA gagal merampas Tanah Melayu selepas Jepun. Tak percaya lagi? Inilah buktinya:




Pendedahan fakta dan info bergambar oleh blog ini sekaligus telah menjawab tuduhan yang dianggap fitnah kepada Negarawan, Tun Abdul Razak yang dikatakan menjadi talibarut Jepun.

#Selidik fakta

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab