Thursday 26 September 2013

Harga minyak naik lagi? Cadangan PDAM tidak masuk akal

Posted By: TTO Admin - 26.9.13



Kerajaan seharusnya tidak mendengar alasan daripada Presiden PDAM untuk mengambil langkah mengurangkan subsidi semata-mata untuk menghalang kegiatan aktiviti penyeludupan minyak ke negara luar.

Sudah tentu ada langkah lain yang lebih berkesan kerana kenaikan harga minyak lagi akan terus membebankan rakyat Malaysia golongan kelas bawah dan pertengahan. Domino effect seperti kenaikan harga barang asas dan perkhidmatan pasti akan berlaku. Oleh itu, saranan seperti ini harus ditolak mentah-mentah oleh pihak kerajaan! Dibawah kenyataan Presiden PDAM yang dilaporkan oleh Bernama:



KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 pada jangka masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.

Langkah ini juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke negara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM) Datuk Hashim Othman.

"Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah di Malaysia," kata beliau kepada Bernama.

Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand.

Di sebalik usaha untuk membantu orang ramai menerusi subsidi, beliau kesal terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan daripadanya.

Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu.

Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80.

Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.

PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc. -Bernama


#Sekiranya dinaikkan lagi, sudah tentu tindakan kerajaan dilihat bodoh. kenapa tidak diumum sekali dengan kenaikan sebelum ini?

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab