Wednesday 18 September 2013

Gambar pasangan didakwa punca hampir 1 juta penduduk Lembah Klang alami gangguan air

Posted By: TTO Admin - 18.9.13

Pasangan dituduh punca hampir sejuta penduduk Lembah Klang tak dapat air

Shah Alam: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas 30 tuduhan mencemarkan Sungai Selangor, yang menyebabkan hampir sejuta pengguna di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air, akhir bulan lalu.

Ng Kim Bok, 55, dan isterinya, H’ng Soo Chiew, 56, masing-masing menghadapi 30 dan 20 pertuduhan mengikut Akta Alam Sekeliling 1974 dan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 1999.

Cemar Sungai Selangor

Pasangan itu menghadapi 20 pertuduhan sebagai pemilik dan pengarah Muhibbah Mok Sdn Bhd dan Ng Kim Bok Realty.

Kim Bok menghadapi 10 pertuduhan lagi sebagai pemilik dan pengarah Muhibbah Mok Workshop.

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 24(1), 25(1) dan 34B(1)(a) Akta Alam Sekeliling dan Seksyen 41(4) dan 79(1)(d) Enakmen LUAS.

DAFTAR SEKARANGPELUANG JANA WANG SAMPINGAN

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan melepaskan bahan buangan terjadual SW 311 iaitu minyak di atas tanah dan dalam sungai tanpa lesen, melupuskan buangan terjadual tanpa kelulusan Ketua Pengarah Alam Sekeliling serta mengambil air dari sumber air tanpa kelulusan Pengarah LUAS.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 9.50 hingga 11.40 pagi di premis di Sungai Gong, Lot 35222, Sungai Bakau, Bandar Kundang, Gombak.

Pasangan itu mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadap mereka dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar.

Hukuman denda, penjara

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya bagi kesalahan mengikut Seksyen 24(1) dan 25(1).

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 34B(1)(a) akta sama, mereka boleh didenda tidak melebihi RM500,000 dan dipenjara tidak lebih lima tahun.

Kim Bok juga menghadapi hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-dua sekali bagi kesalahan Seksyen 41(2) Enakmen LUAS, manakala hukuman bagi kesalahan mengikut Seksyen 79(1) adalah denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin, menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin, bagi setiap pertuduhan.


Bebas dengan ikat jamin

Hakim Mohammed Mokhzani membenarkan jaminan sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin kepada Soo Chiew, manakala Kim Bok dikenakan jaminan RM150,000 dengan seorang penjamin.

Beliau menetapkan 10 Oktober depan untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam.

Pada 30 Ogos lalu, operasi empat Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan LRA Rantau Panjang ditutup selepas sumber air dari Sungai Selangor mengalami pencemaran air disebabkan tumpahan minyak di hulu sungai di sekitar Rawang. -Bharian

#hayya... kenapa perlu semua pertuduhan dibacakan dalam bahasa mandarin? berapa lama sudah duduk Malaysia tauke?

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab