Wednesday 18 September 2013

Selepas puas membelasah, suami halau isteri dari rumah kerana rumah bersepah

Posted By: TTO Admin - 18.9.13

GOMBAK , 18 Sept : Hanya kerana rumah bersepah, seorang wanita bukan saja dimaki-hamun suaminya, malah dia turut dibelasah selain badannya diseret dan dihempas ke dinding oleh lelaki terbabit.

Lebih malang lagi, pertengkaran pasangan terbabit difahamkan mendapat campur tangan bapa lelaki itu yang turut menyokong tindakan anaknya hingga suaminya menghalau wanita berusia 27 tahun itu keluar dari rumah mereka di Batu 6 Gombak, di sini.

Berikutan kejadian itu, wanita terbabit yang cedera akur dan keluar rumah sebelum membuat laporan polis, kelmarin.

Menceritakan kejadian Sabtu lalu, sumber berkata, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat swasta pulang ke rumah jam 10 malam sebaik selesai bertugas.

DAFTAR SEKARANGPELUANG JANA WANG SAMPINGAN

“Apabila mangsa masuk ke dalam bilik, suaminya secara tiba-tiba menengkingnya memarahi mangsa kerana tidak mengemas rumah. Mangsa memberi alasan baru pulang bekerja belum sempat berbuat demikian.

“Berlaku pertengkaran menyebabkan si suami naik angin lalu membelasah mangsa,” katanya memberitahu mangsa sering dipukul lelaki terbabit sejak perkahwinan mereka lebih dua tahun lalu.

Menurut sumber, suspek bertindak kejam lagi apabila mencekik wanita itu dan mengheretnya keluar dari bilik lalu menghempas badan mangsa ke dinding di ruang tamu.

“Mangsa yang kesakitan cuba melawan. Namun, bapa mentua mangsa yang difahamkan tinggal bersama mereka menyedari kejadian itu lalu campur tangan.

“Bapa suspek dikatakan menyokong tindakan anak lelakinya itu. Mangsa kemudian dihalau keluar dari rumah itu oleh suaminya,” katanya.- Hmetro

#Dayus

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab