Tuesday 17 September 2013

Semak Keputusan MUET Khamis ini, 19 September 2013

Posted By: TTO Admin - 17.9.13

Kuala Lumpur: Keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi Julai 2013 akan dikeluarkan Khamis ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan semalam berkata, calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi hari tersebut manakala calon persendirian individu akan memperoleh keputusan mereka melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui SMS dengan menaip MUET RESULT NO. KAD PENGENALAN dan menghantarnya ke 15888, mulai 12.01 tengah malam 19 September 2013.

Menurut kenyataan itu, mereka juga boleh berbuat demikian melalui sistem dalam talian dengan melayari portal MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 9 pagi, pada tarikh berkenaan.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab