Friday 20 September 2013

Gambar wajah pembunuh upahan didedahkan, gantung jika sabit kesalahan

Posted By: TTO Admin - 20.9.13


Jasrafveendeerjeet Singh, 25, mati dibunuh di depan kedai makanan dan minuman Sun Heng

IPOH: Seorang pembunuh upahan dihadapkan ke dua mahkamah di sini hari ini atas tiga tuduhan membunuh, cubaan membunuh serta mengedar dadah.

Lee Meng Boon, 37, dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh Jasrafveendeerjeet Singh, 25, di depan kedai makanan dan minuman Sun Heng di No 350, Lebuh 5, Kampung Simee di sini kira-kira jam 10.15 malam 28 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan, di depan Majistret Nur Melati Diana Abd Wahab.

Tertuduh juga menghadapi dua pertuduhan cubaan membunuh Kok Loo Kong, 55, dan Sarbit Singh Harder Singh, 28, di tempat dan masa sama.

PENDAPATAN SAMPINGANHANYA DAFTAR SAHAJA DAH MASYUK

Meng Boon didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan di depan Hakim Madihah Harullah.

Tertuduh juga bersama tiga yang lain didakwa mengedar dadah jenis Eramin 5 seberat 297 gram di rumah nombor 27, medann Bercham Selatan, Taman Syukur di sini, pada jam 12.30 tengah malam pada 24 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan di depan Majistret Suhaima Mohd Nor.

Semua kes berkenaan akan disebut semula di mahkamah terbabit pada 20 November ini. -HMetro

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab