Wednesday 18 September 2013

Malaysia dalam senarai 10 negara terbaik dunia untuk persaraan tahun 2013

Posted By: TTO Admin - 18.9.13

Laman Web terkenal TripAdvisor telah menerbitkan satu senarai dengan tajuk "10 Negara Luar terbaik untuk persaraan : 2013". Apa yang membanggakan ialah negara Malaysia telah termasuk dalam senarai tersebut dan ditempatkan pada urutan ke 3 negara terbaik untuk bersara dengan skor 87.6.


Sebelum ini, pada Januari 2013, laman web terkenal Forbes.com turut meletakkan Negara Malaysia di tempat ke 3  dalam senarainya bagi "10 Negara terbaik hari persaraan".

Forbes memberikan alasan Malaysia adalah sebuah negara yang berpatutan di mana rakyat negara luar mampu menikmati gaya hidup mewah tanpa berbelanja besar. Selain itu, Malaysia adalah sebuah negara destinasi perlancongan perubatan dan hartanah di Malaysia juga mempunyai pegangan bebas. Forbes menambah Malaysia adalah sebuah negara yang menarik dan mempunyai pelbagai variasi aktiviti mengikut minat anda!

Baca laporan lengkap oleh Forbes disini: http://www.forbes.com/sites/jacquelynsmith/2013/01/04/the-10-best-countries-to-retire-to-in-2013/

Tahniah Malaysia! Hadiah Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia!

#Selangkah ke arah negara Maju

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab