Friday 27 September 2013

Aaron Aziz sudah keluar hospital setelah mengalami sakit sendi tengkuk

Posted By: TTO Admin - 27.9.13

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Pelakon popular Aaron Aziz, 37, sudah dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Prince Court di sini, semalam.

Isterinya, Diyana Halik berkata, Aaron dibenarkan pulang ke rumah selepas pelakon itu mendapat suntikan sebanyak tiga kali.

"Doktor telah memberi tiga suntikan steroid di bahagian lehernya dan memberitahu suntikan itu boleh bertahan selama sebulan.

"Sebab itu dia dibenarkan pulang ke rumah semalam. Memandangkan suntikan itu boleh bertahan sebulan, insya-Allah, bolehlah dia pergi Cape Town untuk program Fear Factor musim kedua.

"Dia akan ke sana awal Oktober ini," jelasnya kepada Utusan Online di sini hari ini menerusi aplikasi Whatsapp.


Aaron yang popular menerusi filem Ombak Rindu dimasukkan ke hospital Selasa lalu kerana menghidap sakit sendi tengkuk yang menyebabkan leher senget sebelah dan tidak boleh banyak bergerak pada bahagian terbabit.

Menurut Diyana, Aaron mula berasa sakit sejak seminggu lalu namun dia menahannya kerana mahu menyelesaikan penggambaran sebuah telefilem.

"Memandangkan suntikan itu hanya bertahan selama sebulan, jadi selepas balik dari Cape Town nanti, dia perlu menjalani rawatan fisioterapi untuk susulan," katanya.

Berita Aaron dimasukkan ke hospital menjadi perhatian ramai kerana sehari sebelum ditahan di wad pelakon filem KL Gangster 2 itu memuat naik gambar imbasan sinar-X tulang belakangnya di laman sosial Instagram. - Utusan

#Banyak sangat belakon filem gangster2...

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab