Tuesday 24 September 2013

Hafizh Syahrin, sujud syukur selepas memenangi Kejuaraan CEV Sepanyol

Posted By: TTO Admin - 24.9.13


Pelumba muda berbakat negara, Hafizh Syahrin Abdullah, 19, telah melakar sejarahnya yang tersendiri dengan berjaya memenangi perlumbaan motosikal CEV Repsol Spanish Championship di litar Navarra semalam. Ini juga merupakan kemenangan pertamanya dalam Race 1 dan ketika ini berada dikedudukan ke-3 keseluruhan selepas menamatkan saingan dalam Race 2 di tempat ke-3.

CEV Repsol (Spanish Road Racing Championship), merupakan perlumbaan yang prolifik dalam melahirkan pelumba berbakat ke perlumbaan kelas MotoGP™, bakal dinaiktaraf pada 2014 kepada Siri Antarabangsa dengan acara yang diperluaskan ke negara lain dan akan dikawal selia oleh Fédération Internationale de Motocyclisme (FIM). Antara pelumba ternama yang dilahirkan dari CEV Repsol Spanish Championship termasuklah Casey Stoner, Jorge Lorenzo, Dani Pedrosa, Stefan Bradl, Alvaro Bautista, Nico Terol dan Julian Simon.

VIDEO



#Kebanggaan Malaysia

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab