Thursday 19 September 2013

Adam Adli terkejut tempoh penggantungan pengajian diteruskan oleh UPSI

Posted By: TTO Admin - 19.9.13

Tempoh penggantungan pengajian aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim yang mencuri perhatian ramai kerana menurunkan bendera dengan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, diteruskan sehingga tempoh yang tidak ditetapkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Adam sebelum ini digantung pengajiannya selama tiga semester sejak 9 Januari 2012 dan sepatutnya berakhir bulan ini.

Dalam satu kenyataan, Adam berkata dia terkejut menerima surat dari UPSI memaklumkan bahawa pengajiannya terus digantung sehingga tarikh yang tidak ditetapkan.

Adam sebelum ini digantung selama tiga semester kerana didakwa merosakkan reputasi UPSI dan "membahayakan ketenteraman awam dan moral orang ramai".

Dia kemudiannya cuba mendapatkan perintah mahkamah untuk membatalkan penggantungan itu, tetapi gagal untuk mendapatkan penghakiman yang memihak kepadanya.

Menurut Adam, surat bertarikh 6 September yang ditandatangani Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Zakaria Kasa itu menyatakan penggantungan tersebut dibuat bagi memberi laluan kepada perbicaraan Akta Hasutan di mahkamah.

Buat masa ini, dia sedang mendapatkan nasihat undang-undang sebelum memutuskan langkah seterusnya.

"Jika UPSI benar-benar tidak mahu saya kembali ke kampus, mungkin saya akan mengambil inisiatif lain berkaitan pendidikan saya.

"Beberapa peluang belajar di tempat lain termasuk luar negara pernah saya lepaskan sebelum ini kerana ingin kembali ke UPSI dan menamatkan pengajian di sana," katanya. -Utaranews

#Mangsa politik...

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab