Sunday 22 September 2013

[Gambar] Kaunter NON HALAL sebuah pasaraya di Perak dijaga oleh orang Islam?

Posted By: TTO Admin - 22.9.13

Saya terpanggil untuk memuatkan gambar peristiwa yang berlaku di kepada saya petang tadi 19 September 2013 lebih kurang jam 6.30 petang.

Kejadian berlaku di Econ Save, Kamunting Perak. Ketika saya membeli serba sedikit barang keperluan dapur untuk dibawa kerumah ayah dan bonda, saya ternampak kaunter dipasaraya besar ini memaklumkan yang kaunter 1 dikhaskan untuk barangan NON HALAL tetapi saya terperanjat apabila yang pelanggan yang berbaris untuk membuat pembayaran di kaunter itu ada lah dari golongan bangsa MELAYU yg saya percaya beragama ISLAM tanpa ada rasa bersalah dan lebih memeranjatkan saya cashier yang menguruskan kuanter tersebut juga seorang perempuan berbangsa melayu dan bertudung.

Adakah ini atas arahan dari pihak pengurusan atau dibuat secara sukarela tidak la dapat saya pastikan.

Tergerak hati untuk mendapat penjelasan saya bertanya kan kepada seorang staff berbangsa India kenapa terjadi begitu dan dgn selamba dia berkata memang selalu berlaku Masyallah terkedu saya mendengar penjelasan beliau lalu saya pun mengambil beberapa keping gambar kejadian itu untuk simpanan.

Tetapi keadaan menjadi agak kecoh seketika apabila tiba2 cashier perempuan itu datang kepada saya dan cuba menjelaskan yang beliau sekadar menolong kaunter tersebut bagi meredakan kesesakan disitu tapi saya menjelaskan kepadanya yang tindakan itu adalah salah dan tidak dibenarkan baik dari segi undang2 atau pun agama Islam dan lebih memeranjatkan saya pengawal keselamatan disitu juga tergesa2 datang mencari siapa yang mengambil gambar seolah2 saya pula yang melakukan kesalahan.

Secara baik saya mengaku kepada pegawal keselamatan itu saya yg mengambil gambar tersebut dan menjelaskan tujuan nya Seorang pegawai pengurusan datang berjumpa saya yang mendakwa beliau adalah Pengurus disitu yang dikenali sebagai En. Sahar sambil cuba memerangkan yang pihak pengurusan memang tidak membenarkan staff ISLAM menguruskan kaunter tersebut kecuali dalam keadaan2 tertentu sambil menerangkan bahawa disitu terdapat 4 orang PENGURUS berbangsa MELAYU yang sentiasa mengawal operasi disitu dan merasakan tindakan itu tidak salah.

Saya cuba menerangkan yang walau apa keadaan nya pihak pengurusan tidak boleh membenarkan staff beragama Islam bertugas atau membantu kaunter tersebut tetapi beliau seolah2 memandang ringan akan perkara2 seperti ini.

Saya juga difahamkan bahawa pasaraya ini pernah disiasat oleh jabatan agama negeri kerana mengarahkan staff beragama Islam menguruskan barangan tidak halal.

Jadi saya minta bantuan kepada semua sahabat dan kawan2 agar dapat memanjangkan post saya ini kepihak2 berwajib dan berkenaan supaya tidak berulang lagi peristiwa ini.
Wasalam 

Sumber: Zaharin Manan

Jika perkara ini benar, tindakan segera perlu diambil oleh pihak bertanggungjawab. Pihak pengurusan pasaraya perlu perjelaskan perkara ini. Semakin ramai rakyat malaysia yang tidak peka dengan tanggungjawab masing-masing.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab