Sunday 2 March 2014

Universiti Utara Malaysia galakkan pelajar ceburi MLM? Habislah duit PTPTN...

Posted By: TTO Admin - 2.3.14

Satu surat jemputan kepada penceramah yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Utara Malaysia menimbulkan kekecohan di media siber apabila bengkel yang dianjurkan melibatkan produk kontroversi ketika ini iaitu PhytoScience, Double Stemcell!

Jika surat itu benar, memang amat mendukacitakan apabila sebuah universiti awam menganjurkan bengkel peluang perniagaan berasaskan MLM kepada para pelajarnya.

Rata-rata pengguna internet sedia maklum, beberapa minggu lepas, kita digemparkan dengan pendedahan pengkaji Stemcell, Dr. Ibrahim Abd. Aziz yang mempersoalkan kesahihan dan keberkesanan produk ini (Baca disini). Malah, penyiasat terkenal, Mazidul Akmal Sidek juga telah membongkar penipuan dan salah guna logo Halal JAKIM, SIRIM dan Kodex KKM pada produk Double Stemcell (Baca disini).

Sumber Surat: FB Page Say No to MLM

Justeru, menjadi persoalan yang cukup besar kepada sebuah universiti yang mempunyai kelengkapan makmal dan kajian serta kepakaran sanggup mempromosikan produk kontroversi ini kepada pelajar mereka sendiri!

Apa sebenarnya tujuan HEP UUM menganjurkan bengkel sedemikian? kalaupun mahu mendedahkan asas perniagaan dan keusahawanan kepada pelajar, sudah tidak adakah bentuk bengkel dan produk lain yang boleh diperkenalkan?

Melainkan, terdapat orang berkepentingan di dalam universiti yang mencari pelajar sebagai downline mereka? Mentang-mentanglah pelajar UUM baru dapat duit PTPTN dua minggu lepas!

Tidak dinafikan selama ini pelajar IPTA/IPTS merupakan golongan yang paling ramai menyertai program MLM. Ramai yang berjaya mendapat keuntungan, tidak kurang ramai juga yang menjadi mangsa penipuan.

Contoh Siswa ditipu SKIM MLM
Jika Pengarah HEP UUM sendiri meluluskan bengkel itu, maka Naib Canselor UUM, Prof. Dato' Wira. Dr. Mohamed Mustafa Ishak sendiri perlu merujuk semula perkara tersebut memandangkan bengkel berbentuk MLM tidak sesuai dipromosikan kepada pelajar universiti.

Duit PTPTN habis dilabur, hilang kawan, tidak fokus dalam pelajaran dan paling teruk ditendang keluar dari universiti merupakan senario yang biasa terjadi kepada pelajar yang terlibat dalam perniagaan berbentuk MLM. Itukah yang pihak Universti Utara Malaysia mahukan?

Oleh: Sri Wani, Tengok TV Online

Say No to MLM! tekan butang Like dan Share sebagai tanda sokongan anda membanteras MLM dalam kampus!

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab