Tuesday, 4 March 2014

Disembelih ipar kerana gagal bayar hutang RM1,000

Posted By: TTO Admin - 4.3.14

Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia 40-an kini bertarung dengan maut akibat kecederaan parah di leher selepas disembelih adik iparnya hanya kerana gagal menjelaskan hutang tidak sampai RM1,000.

Kejadian berlaku jam 2 pagi semalam di rumah mangsa di Ampang di sini, ketika dia nyenyak tidur di ruang tamu.

Sumber polis berkata, suspek dipercayai membuat kunci pendua rumah berkenaan beberapa hari sebelum kejadian untuk memudahkannya masuk melalui pintu utama.

Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai penjual roti canai dikatakan berhutang tak sampai RM1,000 dengan adik iparnya itu sejak beberapa bulan lalu.

“Suspek dilaporkan tinggal berasingan dengan mangsa, tetapi dikatakan sering datang ke rumah abang iparnya itu,” katanya. -Harian Metro

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab