Friday 14 March 2014

"I am ready" - KJ sahut cabaran tamparan macam buaya "Raja Bomoh"

Posted By: TTO Admin - 14.3.14
Gempar hari ini apabila Raja Bomoh Sedunia, Ibrahim Mat Zin mahu menampar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana dianggap sebagai biadap dan kurang ajar.



Khairy di dalam akaun Twitternya sebelum ini menyifatkan upacara ritual, Raja Bomoh itu sebagai memalukan dan berkata tindakan perlu diambil terhadap bomoh “tikar terbang” tersebut.

Akibat berang dengan kata-kata Khairy, Ibrahim Mat Zin mengugut mahu mengambil tindakan saman RM100 Juta sekiranya KJ berterusan menjatuhkan maruahnya. Malah dia secara terang-terangan mengajak KJ untuk berlawan secara bersemuka.

“Biar saya cakap terang-terang pada Khairy Jamaluddin. Saya cabar dia. Letak jawatan (sebagai Menteri) dan saya letak jawatan sebagai mahaguru. Kita try fight. Saya tampar dia macam buaya nanti, baru dia tahu." Tegas Ibrahim Mat Zin.

Namun, melalui akaun Twitter, KJ dilihat tidak gentar dengan cabaran itu dan bersedia untuk ditampar macam buaya. Malah beliau turut memuatnaik gambar dan status seolah-olah memperlekeh cabaran Ibrahim Mat Zin.

"I AM READY" Kata Khairy Jamaluddin

Apakah respon daripada Raja Bomoh mengenai jawapan KJ? Melalaui Video yang tersebar, jelas menunjukkan riak wajah Ibrahim Mat Zin yang berang dan bersungguh-sungguh mahu mencabar Ketua Pemuda UMNO itu. - Tengok TV Online

Lagi Tweet dan Gambar di Twitter KJ:



(VIDEO) Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin mahu tampar KJ macam Buaya:


KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab