Friday 21 March 2014

Chef Wan dikecam tidak sensitif, persenda penemuan objek MH370

Posted By: TTO Admin - 21.3.14

Gara-gara satu gambar yang diupload dalam Instagram, Chef Wan dikecam hebat kerana dituduh mempersendakan penemuan objek dikatakan pesawat MH370.

"2 object di Perth dan satu ni i ingatkan ya la sebahagian dari pintu kapal terbang MAS. Tapi setelah di teliti rupanya ianya sebahagian dari Pintu Jamban Rumah Cik Kiah di pantai Morib yg telah usang rupanya..Adoi frustnya." Caption Chef Wan dalam gambar tersebut."


Ramai yang memberikan komen negatif dan mendakwa Chef Wan tidak sensitif terhadap keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden MH370.

Sham Kamikaze turut mengkritik tindakan Chef Wan di dalam akaun Facebooknya.

"Astaghfirullah. Tak perlu jadi alim ulama untuk berperikemanusiaan, cukuplah menjadi MANUSIA!"


Mungkin menyedari dirinya dikecam ramai peminat, Chef Wan mengambil keputusan mengeluarkan gambar tersebut dari akaun instagramnya.

Nampaknya, kini pengkritik pula dikritik...

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab