Wednesday 12 March 2014

(Gambar) Staff MAS di China dimaki, dibaling botol air oleh keluarga mangsa MH370

Posted By: TTO Admin - 12.3.14


Sekurang-kurangnya tiga botol air dibaling dalam satu perjumpaan yang diadakan di Beijing di antara syarikat penerbangan MAS, pegawai kedutaan dan sebahagian kaum keluarga daripada 153 penumpang warga China yang berada di dalam pesawat MH370 yang hilang itu.

Kaum keluarga mendesak pihak kakitangan MAS memberitahu maklumat terperinci daripada Tentera Malaysia mengenai kehilangan pesawat tersebut.

"Beritahu kami yang benar!" Jeritan beberapa kaum keluarga dalam perjumpaan itu.

Namun, kakitangan MAS tidak dapat menjawab permintaan tersebut. Akibat berang perkara itu enggan dibincangkan, beberapa botol air berterbangan ke arah kumpulan kakitangan dan pegawai kedutaan.

Tidak cukup dengan itu, kata-kata makian turut dilemparkan oleh beberapa kaum keluarga mangsa. 

Kedua-dua pihak sememangnya berada dalam tekanan berikutan kedudukan pesawat MH370 masih belum diketahui sehingga kini. Semoga semua yang terlibat bersabar terhadap dugaan berat yang menimpa mereka.

Lihat Video:

)

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab