Saturday, 8 March 2014

(UPDATE) KRONOLOGI: Pesawat MAS #MH370 dari KL ke Beijing terhempas di Laut China Selatan!

Posted By: TTO Admin - 8.3.14
KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.


Penerbangan MH370 itu embawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

"Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan," kata kenyataan itu.

Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa.

Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut. -Awani

Kenyataan Media MAS:


Kronologi Terkini (UPDATE):

12.41 pagi (GMT+8): Pesawat Boeing 777 berlepas dari KLIA
01.05 pagi (GMT+8): Melalui laporan Flight Aware, data semasa penerbangan pesawat tidak dapat di terima.
07.25 pagi (GMT+8): MAS mengeluarkan kenyataan media, pasukan menyelamat digerakkan

Lihat Data dibawah (GMT+7):




10.00 pagi (GMT+8): SUMBER TIDAK SAH: Kapal Terbang Selamat dalam ditemui mendarat cemas di Lapangan Terbang Nanming, China.


10.15 pagi (GMT+8) : MAS menafikan kapal terbang MH370 selamat mendarat di Nanming, China (Kenyataan Media Kedua MAS):


10.30 pagi (GMT+8) : Satu mesyuarat tergempar oleh pihak MAS diadakan bersama agensi penyelamat yang lain.

10.40 pagi (GMT+8) : TUDM menghantar pasukan mencari dan menyelamat

11.00 pagi (GMT+8) : Senarai nama Crew MAS MH370

11.05 pagi (GMT+8) : MAS Hubungi ahli keluarga penumpang

11.30 pagi (GMT+8) : Senarai Jumlah penumpang mengikut negara yang dikeluarkan oleh MAS:

1. China – 152 plus 1 infant
2. Malaysia - 38
3. Indonesia - 12
4. Australia - 7
5. France - 3
6. United States of America – 3 pax plus 1 infant
7. New Zealand - 2
8. Ukraine - 2
9. Canada - 2
10. Russia - 1
11. Italy - 1
12. Taiwan - 1
13. Netherlands - 1
14. Austria - 1


12.45 tengah hari (GMT+8) : Media Vietnam melaporkan Pesawat MH370 terhempas! Laporan Yahoo Singapore

LAPORAN PENUH:
KUALA LUMPUR: Tentera laut Vietnam mengesahkan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari ini terhempas ke Laut China Selatan, lapor akhbar utama Vietnam seperti dipetik oleh Yahoo News.

Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik oleh akhbar Tuoi Tre berkata radar tentera merakamkan pesawat itu terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc.

Sementara itu, satu laporan lain menyebut tentera laut China telah mengerahkan dua kapal penyelamatnya ke Laut China Selatan untuk membantu operasi menyelamat.

1.15 Tengah Hari (GMT+8) : Perdana Menteri, Dato' Seri Najib mengarahkan agensi penyelamat melakukan segala apa yang terdaya untuk mengesan pesawat MH370.


Pic: Reuters

2.00 Petang (GMT+8) : 62 Senarai penumpang yang berada dalam pesawat MH370 yang berjaya diperolehi setakat ini:
  1. Fariq Ab. Hamid
  2. Zaharie Ahmad Shah
  3. Foong Wai Yueng
  4. Goh Sock Lay
  5. Gomes Patrick Francis
  6. Mohd. Hazrin Mohamed Hasnan
  7. Junaidi Mohd. Kassim
  8. Andrew Nari
  9. Ng Yar Chien
  10. Tan Ser Kuin
  11. Tan Size Hiang
  12. Wan Syaid Wan Ismail
  13. Anne Catherine Daisy (MYS)
  14. Bai Xiaow (CAN)
  15. Beherey Usage Waitrelos Laurence Arlet (FRA)
  16. Biby Nazli Mohd. Hassim (MYS)
  17. Brooskii Nikolath (RUS)
  18. Burrows Rooney (AUS)
  19. Chan Huan Peen (MYS)
  20. Chen Weihoing (MYS)
  21. Chew Kar Mooi (MYS)
  22. Chng Mei Ling (MYS)
  23. Chuang Hsiu Ling ((TWN)
  24. Chustrak Oleg (UKR)
  25. Deineka Sergii (UKR)
  26. Dina Mohamed Yunus Ramli (MAS)
  27. Maria Mohamed Yunus Ramli (MYS)
  28. Gu Naijun (AUS)
  29. Guan Hua Jin (MYS)
  30. Huang Tianjui (CHN)
  31. Hue Pui Heng (MYS)
  32. Jee Jing Hang (MYS)
  33. Jiang Cuiyun (CHN)
  34. Koh Tiong Meng (MYS)
  35. Kolekar Chetana Vinod (IND)
  36. Kolekar Vinod Suresh (IND)
  37. Kozel Christian (AUT)
  38. Lawton Catherine (AUS)
  39. Lawton Robert (AUS)
  40. Lee Kah Kin (MYS)
  41. Lee Sew Chu (MYS)
  42. Li Hongjing (CHN)
  43. Li Yuan (AUS)
  44. Lim Por Chua (MYS)
  45. Lui Ching (CHN)
  46. Maraldi Luigi (ITA)
  47. Meng Leoinf (USA)
  48. Meng Nicole (USA)
  49. Mohamad Sofian Ibrahim (MYS)
  50. Mohd. Khairul Amril Selamat (MYS)
  51. Muhammad Drazahan Zamani (MYS)
  52. Mukherjee Muktesh (CAN)
  53. Muzi Yusop (MYS)
  54. Ng May Li (MYS)
  55. Noorida Mohd. Hashim (MYS)
  56. Nor Fadzillah Mat Rahim (MYS)
  57. Norliakmar Hamid (MYS)
  58. Ramlan Safuan (MYS)
  59. Sharma Chandrika (IND)
  60. Shirsath Kranti Pralhad (IND)
  61. Sim Keng Wei (MYS)
  62. Siregar Firman Chandra (IND)

3.00 petang (GMT+8): Senarai Penuh Penumpang menaiki pesawat MH370 MAS ke Beijing:











4.20 petang (GMT+8) : SEPANG: Kedudukan terakhir pesawat MH370 sebelum hilang daripada radar ialah di 065515 Utara (longitud) and 1033443 Timur (latitud), menurut MAS

7.50 petang (GMT+8) : Perdana Menteri, Dato' Seri Najib mengesahkan Vietnam tidak menemui sebarang tanda pesawat terhempas dimana-mana lokasi.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab