Thursday 13 March 2014

BIKIN MALU: Media Arab perli usaha terakhir Malaysia guna SIHIR!

Posted By: TTO Admin - 13.3.14
Di saat seluruh mata Dunia tertumpu kepada Malaysia, tiada angin, tiada ribut, tiada jemputan, sekumpulan "Raja Bomoh" datang ke KLIA melakukan perkara yang amat memalukan Malaysia.

Melalui akaun Facebook bekas Mufti Perlis, Dr. Asri memuatnaik satu gambar mengenai liputan bomoh oleh Media Arab yang jelas memalukan negara kita. Kata Dr. Asri:

Perbuatan bodoh, tahyul dan memalukan yang dilakukan kumpulan bomoh tersebut telah memberikan imej buruk kepada masyarakat negara ini.

Pelbagai media antarabangsa melapor cerita 'bomoh kartun' di KLIA seakan mengaitkan itu dengan budaya kita. Al-Arabiya ini melaporkan bahawa sihir adalah satu jalan yang diambil oleh rakyat Malaysia dalam kes MH370.

Justeru itu Islam melarang karut marut dan tahyul yang membawa kepada syirik, bodoh lagi menjatuhkan nilai diri sebagai manusia berakal.

Untuk pengetahuan, JAKIM telah mengeluarkan kenyataan media mengenai kumpulan bomoh tersebut (Baca disini). Malah, JAIS juga telah meletakkan pegawainya di KLIA untuk memantau dan mengelakkan kumpulan itu meneruskan ritual DO RE MI mereka.

Liputan Media secara meluas mengenai Bomoh ini juga secara tidak langsung memperlekehkan usaha Pasukan Search and Rescue (SAR) Malaysia dan negara-negara lain. -Tengok TV Online

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab