KUALA LUMPUR: Dua individu dipercayai suami isteri ditemui mati dalam sebuah kereta Mercedes Benz di pusat riadah Taman Metropolitan, Batu Muda di sini, petang tadi.
Kejadian itu disedari orang awam kira-kira jam 5 petang apabila melihat kedua-dua mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian pemandu dan penumpang hadapan sebelum melaporkan perkara itu kepada pengawal keselamatan di situ yang kemudian menghubungi polis.
Sepasukan petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang kebetulan ada berhampiran kawasan itu kemudian bertindak memecahkan satu cermin kereta kerana kenderaan berkunci namun mendapati kedua-dua mangsa sudah meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata ketika ditemui, enjin kenderaan mangsa tidak hidup tetapi penyaman udara terbuka serta terdapat seperti bau gas.
"Siasatan sedang dijalankan namun setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya. -Berita Harian
KONGSI
& Komentar
Tweet