Monday, 24 March 2014

Pendedahan media barat satu "Jenaka"- Kapten Nik Huzlan

Posted By: TTO Admin - 24.3.14
Beberapa hari lalu, seorang juruterbang veteran warga Kanada, Chriss Goodfellow membentangkan teori yang mana ramai menganggap teori tersebut yang paling logik setakat ini.

Menurut Goodfellow, Pesawat MH370 sebenarnya mengalami satu situasi buruk yang membuatkan juruterbang terpaksa berpatah balik mencari landasan terdekat iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Namun, dalam penerbangan tersebut krew dan penumpang telah lemas membuatkan pesawat MH370 telah meluncur dalam mod Auto-pilot. Justeru, beliau membuat kesimpulan pesawat itu telah terhempas di Lautan Hindi akibat kehabisan minyak. (Baca penuh disini)



Juruterbang veteran negara kita, Datuk Kapten Nik Huzlan juga dalam wawancaranya bersama TV3 turut yakin bahawa imej satelit yang diperolehi Australia merupakan serpihan daripada pesawat MH370 (Baca disini).  Penemuan itu disusuli dengan penemuan Imej Satelit dari Negara China dan Perancis.

Dalam siaran bersama Astro Awani pula, Kapten Nik memberikan beberapa pandangan & analisa beliau mengenai penemuan imej satelit tersebut.

Penemuan satelit China menguatkan lagi teorinya yang mengatakan pesawat MH370 telah terhempas di laut Hindi iaitu laluan paling sunyi di dunia.

Secara spesifiknya besar kemungkinan terhempas di kawasan yang Kapten Nik Huzlan tandakan seperti di bawah ini :
  1. Pada pukul 8:11 pagi waktu Malaysia (8 Mac 2014), pesawat MH370 menyentuh air di dalam lingkungan kawasan fajar. Ini kerana pesawat Mh370 pada ketika itu mencari fajar supaya tujuannya pesawat Mh370 dapat mendarat dengan lebih selamat dan kurang berisiko dengan kelajuan yang minimal.
  2. Dan dalam pada masa yang sama juruterbang mencari kedudukan yang lebih mudah dilihat oleh pasukan pencari kelak dengan pandangan mata kasar berdekatan dengan kawasan yang ditemui objek oleh satelit China baru-baru ini selain juruterbang kapten Zaharie Ahmad Shah mencari kedudukan yang tidak melawan ombak, berhadapan dengan rintangan angin dengan harapan dapat memperlahankan pergerakan pesawat supaya dapat mendarat dengan hentakan yang minimal.
  3. Pesawat tidak akan meletup disebabkan kehabisan minyak dengan mengambil kira simpanan minyak yang boleh bertahan selama 7 jam sahaja + bekalan simpanan baki minyak yang masih boleh digunakan lagi.
  4. Penemuan objek yang tidak berkecai iaitu tiada serpihan, membuktikan pesawat Mh370 tidak terhempas dengan teruk.
Mengulas mengenai salinan transkrip komunikasi pada 54 minit terakhir antara pesawat MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac dengan menara kawalan yang didakwa diperolehi akhbar The Telegraph, Nik Huzlan menganggapnya sebagai meragukan dan sebagai satu "jenaka".
  • Hal ini kerana transkrip itu sepatutnya dipegang oleh DCA. Jadi macammana boleh sampai ke tangan Daily Telegraph ini?
  • Apa yang Kepten Nik perhatikan, transkrip yang didedahkan oleh Daily Telegraph diterjemah kepada Bahasa Inggeris daripada bahasa Mandarin. Beliau menimbulkan persoalan sekiranya transkrip itu benar, kenapa tidak didedah transkrip yang original?
  • Banyak terma-terma yang digunakan dalam transkrip tersebut banyak kesilapannya di mana tidak tepat. Radio pesawat dengan menara kawalan tidak menggunakan bahasa sedemikian.
  • Sepatutnya terma-terma yang digunakan lebih ringkas, padat tetapi teratur.
  • Tiada terma atau perkataan seperti “Please, please” dalam radio pesawat.
  • Ini kerana banyak kapal terbang yang mahu menggunakan radio, jadi secara mudah kata jikalau menggunakan perkataan yang meleret-leret akan mengakibatkan “sesak radio” tersebut sehingga menggangu orang lain untuk bercakap.
  • Bahasa yang digunakan dalam transkrip tersebut seperti “Runway from 32R A10, copy that“. Ini bukan bahasa pilot. Lenggok bahasa yang digunakan ibarat, bahasa yang orang yang nak jadi pilot tetapi tidak tercapai untuk menjadi pilot. Inilah rupa bahasanya…
  • Bahasa transkrip yang didedahkan Daily Telegraf lebih kepada bahasa imiginasi.
Transkrip didedahkan Daily Telegraph

Pencarian Pesawat MH370 Lebih Mencabar Kerana….

Kapten Nik Huzlan turut mengingatkan bahawa operasi pasukan SAR di lokasi imej satelit di Lautan Hindi amat mencabar berikutan faktor-faktor seperti berikut:
  • Ombak yang tinggi di Lautan Hindi boleh mencecah sehingga 40 kaki selain tiupan angin yang kuat di kawasan tersebut bakal merumitkan proses pencarian MH370.
  • Angin cukup kuat
  • Faktor Keletihan pasukan SAR juga perlu diambil kira. Mereka berdiri di tingkap pesawat seharian ditambah pula kemungkinan pesawat yang sentiasa bergoyang.
  • Faktor Ketahanan pesawat itu sendiri. Dari pangkalan menuju ke tempat pencarian mungkin mengambil masa empat jam, jika dikira tempoh pergi dan balik, itu sahaja sudah memakan masa lapan jam. Ini tidak termasuk tempoh waktu yang mereka habiskan di tengah lautan bagi mencari pesawat itu
  • Disebabkan matahari di sana sentiasa condong, menyebabkan ombak di sana ada bayang-bayangnya yang memberikan lebih kesukaran kepada pasukan SAR untuk mencari dengan mata kasar.
  • Tetapi sekiranya terjumpa mana-mana serpihan, untuk menemukan semula lokasi itu akan lebih mudah di mana pasukan SAR akan jatuhkan bowl untuk tandakan bagi memudahkan serpihan tersebut dikesan semula pada masa akan datang.
Walaubagaimanapun, Kapten Nik Huzlan merasakan semua ini akan memberikan “pening baru” kepada pasukan SAR melihatkan situasi sekarang yang sudah melebihi 2 minggu lamanya.

Cabaran yang dihadapi bukan sahaja oleh pasukan penyiasat, dan pasukan SAR. Kaum keluarga dan orang ramai turut memberikan harapan yang tinggi. Malah, laporan yang tidak adil oleh media barat turut memberikan tekanan yang amat buruk dalam operasi ini.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab