Baru-baru ini, kami menerima link perkongsian daripada pengguna facebook mengenai satu artikel yang boleh dikaitkan dengan kehilangan misteri pesawat MH370.
Artikel yang bertajuk "Nahas Misteri Helikopter di Bario : 2004 – Tuhan Menunjukkan Kekuasaan KerajaanNya" sebenarnya mempunyai isi tersirat yang tidak diketahui oleh ramai pengguna media sosial yang mula berkongsi artikel tersebut.
Paparan artikel di blog Heliconia
Jika anda perhatikan isi artikel itu, penulisnya mendakwa kehilangan misteri Helikopter di Bario pada tahun 2004 itu adalah angkara jin yang marahkan pembinaan projek empangan hidro-elektrik baru di Sarawak. Hasil bantuan team yang dinamakan SkyLab, akhirnya Helikopter Hornbills Skyways yang terhempas dapat dijumpai.
Tragedi Helikopter terhempas di Bario (2004)
Namun setelah kami selidiki, artikel yang diterbitkan pada tahun 2006 itu sebenarnya berkaitan dengan ajaran sesat Al-Arqam. Kami menemui nama yang tidak asing suatu masa dahulu di dalam artikel tersebut:
Maklumat sebenar tentang apa yang terjadi kepada helikopter itu telahpun didapati oleh penaung Skylab (Ustaz Ashaari Muhammad) seelok sahaja helikopter itu hilang, secara alam kerohaniannya.
Melalui perenggan di atas telah menyebut nama penaung Skylab bernama Ustaz Ashaari Muhammad. Untuk pengetahuan, Asaari Muhammad atau Ashaari Muhamad (Lahir pada 30 Oktober 1937, meninggal pada 13 Mei 2010) merupakan pengasas pertubuhan Al-Arqam (Wikipedia). Ajaran Al-Arqam diwartakan sesat dan diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.
Blog heliconia.blogspot.com itu juga telah menerbitkan banyak artikel yang memuji kebesaran Ashaari seperti satu artikel dibawah.
Pasti ramai yang terkejut akan pendedahan ini kerana artikel yang ditulis amat tersusun dan seolah-olah logik akal dapat mencernakan dengan gambar dan bukti yang ditunjukkan.
Semoga pendedahan ini dapat mengelakkan para pengguna media sosial terpengaruh dengan artikel-artikel memuja Abuya di dalam blog itu yang ditakuti kelak memesongkan akidah diri dan rakan-rakan yang lain. -Tengok TV Online
KONGSI
& Komentar
Tweet