Monday, 3 March 2014

Kanak-kanak 5 tahun meninggal dunia makan lauk dibeli di pasar malam

Posted By: TTO Admin - 3.3.14


TERENGGANU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia hari ini akibat keracunan makanan dipercayai selepas memakan lauk yang dibeli dari sebuah pasar malam di sini Sabtu lepas.

Muhammad Iqbal Rafie meninggal dunia kira-kira pukul 1 petang tadi ketika dalam perjalanan untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Ibunya, Siti Zuriana Mohd. Yusoff, 28, berkata, anak tunggalnya itu ke pasar malam itu bersama-sama suaminya pada kira-kira pukul 6.30 petang dan membeli ayam goreng, nasi goreng dan air keladi.

Beliau berkata, hanya suaminya, Rafie Mohd. Ilme, 31, dan anaknya yang menjamah makanan itu sebaik mereka tiba di rumah mereka di Bukit Payong, Marang.

"Kira-kira pukul 7 pagi semalam, mereka mengadu sakit perut dan cirit-birit

sebelum mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bukit Payong.

"Sehingga pagi tadi, keadaan anak dan suami masih serupa dan kami sekali lagi ke klinik kesihatan sama untuk rawatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat HSNZ di sini. - Bernama

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab