Saturday, 15 March 2014

(5 Gambar) Kapten Nadira kekasih Fariq Abdul Hamid, Co-Pilot #MH370 diberi cuti sebulan

Posted By: TTO Admin - 15.3.14

Farid Abdul Hamid, 27 tahun yang hilang bersama-sama dengan pesawat Malaysia Airlines MH370, 8 Mac lalu. Kapten Nadira atau nama sebenar Nadira Ramli, 26 Tahun yang juga juruterbang AirAsia merupakan teman wanita FariqAbdul Hamid, 27 dan menurut laporan Daily Express, pasangan itu turut merancang untuk melangsungkan perkahwinan (sumber tidak sahih mengatakan yang mereka sudah pun bernikah).

Beliau yang juga anak kepada seorang juruterbang kanan Mas telah diberi cuti sebulan oleh pihak Air Asia untuk menenangkan diri dalam menghadapi tragedi kehilangan pesawat MH370 dan juga teman lelakinya Fariq.


Nadira merupakan anak bongsu Kapten Ramli Ibrahim dan Nancy Jipanis (berasal dari Penampang Sabah) kini dilaporkan berada di sisi ibu Fariq yang tidak tidur hampir 3 hari di sebuah hotel yang lokasinya tidak didedahkan di sekitar Kuala Lumpur. Fariq merupakan anak kepada Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Abdul Hamid Mad Daud, yang membantu juruterbang Kapten Zaharie bin Ahmad Shah dalam penerbangan yang hilang dalam perjalanan ke Beijing awal Sabtu lalu.

Fariq yang memulakan kerjayanya dengan MAS pada tahun 2007 mengenali Nadira selama sembilan tahun dan berkenalan semasa belajar bersama-sama di sebuah sekolah penerbangan di Langkawi, Kedah. Saudara terdekat menyifatkan Nadira sebagai seorang yang tenang dalam menghadapi kesukaran dan menjadi tonggak kekuatan kepada ibu Fariq yang menanti kepulangan anaknya

Pelbagai spekulasi mengenai Farid dan wanita warga Australia di laman kokpit kapal terbang yang disensasikan oleh media barat dan itu sedikit sebanyak telah mencalarkan emosi Nadira dan juga keluarga Fariq. Nadira juga memberitahu keluarganya supaya tidak mempercayai laporan negatif terhadap Fariq seperti yang dilaporkan oleh media antarabangsa baru-baru ini. Dipercayai syarikat penerbangan Air Asia mempunyai juruterbang wanita paling ramai di ASEAN dan mempunyai juruterbang wanita berpangkat Kapten pertama di ASEAN iaitu Kapten Norashikin Onn.

Lagi Gambar:
  
Kredit: Wanista  #PRAY FOR MH370

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab