Tuesday 15 October 2013

Kanak-kanak 4 bulan hampir maut dilanggar kereta ayah ketika sedang mengundur

Posted By: TTO Admin - 15.10.13

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki yang sedang mengundurkan kereta untuk ke kedai, terlanggar anak lelakinya berusia setahun empat bulan, menyebabkan kanak-kanak itu cedera.

Mohd. Farish Hakimi Mohd. Faizal kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan keadaannya dilapor stabil.

Dalam kejadian pada pukul 9 pagi di Kampung Kemat, Hulu Terengganu dekat sini hari ini, Mohd. Faizal Ibrahim, 31, mengundurkan kereta Perodua Viva yang diletakkan di halaman rumah untuk ke kedai, tanpa menyedari anaknya berada di belakang kereta itu.

Mohd. Faizal berkata sebelum itu, Mohd. Farish bersama abang dan dua saudaranya sedang bermain di beranda rumah.

"Mohd. Farish ikut saya masuk ke dalam kereta, namun saya mengangkat Mohd. Farish dan letakkan dia semula di beranda sebanyak tiga kali,” katanya ketika ditemui di HSNZ di sini.

Selepas meletakkan anaknya di beranda untuk kali ketiga, Mohd. Faizal berkata, beliau mengundurkan kereta dan terasa melanggar sesuatu serta mendengar tangisan kanak-kanak di bawah keretanya.

"Bila saya keluar dari kereta, saya melihat anak kedua saya itu berada di bahawa kereta. Saya dan abang ipar terpaksa mengambil kayu untuk menuil kereta bagi mengeluarkan anak saya dari bawah kereta,” katanya. - Bernama

#Syukur bernasib baik.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab