Sunday 13 October 2013

4 Gambar kemalangan maut empat kenderaan dekat Bandar Pekan, Pahang

Posted By: TTO Admin - 13.10.13

KUANTAN - Seorang pemandu lori maut dalam satu kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Salong-Chini dekat bandar Pekan petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Yahaya Othman berkata, kenderaan yang terlibat adalah sebuah treler jenis Scania, kereta Perodua Viva serta dua lori jenis Hicom Perkasa dan Toyota.

Yahaya berkata, mangsa yang maut ialah Razelan Ahmad, 56, dari Felda Chini 1, Pekan dan merupakan pemandu lori jenis Toyota.

"Nahas jam 4.30 petang itu berlaku semasa sebuah treler hendak keluar dari simpang di situ menuju ke arah Salong.

"Pada masa yang sama, Perodua Viva yang datang dari arah bertentangan telah berhenti bagi memberi laluan kepada treler terbabit diikuti lori jenis Hicom Perkasa dari arah sama turut berhenti.

"Tiba-tiba lori yang dipandu mangsa merempuh belakang lori Hicom Perkasa menyebabkan kenderaan berat itu menggelongsor ke hadapan melanggar Perodua Viva sebelum terbabas ke kiri jalan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jenazah Razelan Ahmad, 56
Razelan Ahmad, 56
Yahaya berkata, akibat perlanggaran itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu sebelum berjaya dikeluarkan beberapa minit kemudian.

"Pemandu kenderaan lain yang turut terbabit nahas itu hanya mengalami kecederaan ringan.

"Razelan yang parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Chini dan jenazah mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat," katanya.

Kes itu, kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab