Thursday 24 October 2013

9 Gambar tragis Pegawai Bank maut ditembak pengawal keselamatan

Posted By: TTO Admin - 24.10.13

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai bank wanita berusia 37 tahun maut apabila ditembak di bahagian muka oleh pengawal keselamatan bank berkenaan yang kemudian bertindak melarikan sejumlah wang.

Dalam kejadian pukul 6.18 petang tadi, mangsa, Norazita Abu Talib, maut di tempat kejadian apabila bahagian mukanya hancur akibat peluru ‘pump gun’ yang dilepaskan oleh suspek, Ardi Hamza, 36 yang berasal dari Jalan Apas, Tawau, Sabah.

Kejadian berlaku di sebuah bank di Jalan USJ Sentral, Subang Jaya.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, apabila peti pintu kebal itu dibuka, suspek kemudian melepaskan tembakan yang mengenai muka mangsa yang kemudiaannya meninggal dunia di tempat kejadian.

Ardi dipercayai melarikan diri dengan sebuah motosikal bersama sejumlah wang selepas kejadian itu. Allahyarham yang merupakan ibu kepada dua cahayamata dikatakan telah 16 tahun berkerja dengan bank berkenaan.


MANGSA:

Nama Penuh: Norazita Abu Talib
Umur: 37 Tahun
Pekerjaan: Pegawai Bank Ambank
*Seorang ibu kepada dua orang anak


*Takziah kepada keluarga mangsa


SUSPEK:

Nama Penuh: Ardi bin Hamza
Umur: 37 Tahun
Pekerjaan: Pengawal Keselamatan Ambank
Alamat: Jalan Apas Batu 2 No.70 Tawau Sabah
No IC: 770818-12-6721





**Maklumat mengatakan suspek, Ardi Hamza telah berjaya ditahan di LCCT ketika hendak membeli tiket untuk melarikan diri ke Sabah adalah PALSU. Polis masih giat mengesan suspek!

***Gambar sengaja dikaburkan dan Video CCTV tidak dimasukkan untuk menghormati keluarga mangsa.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab