Sunday 6 October 2013

Aeril Zafrel enggan ulas berita perkahwinan dengan Wawa Zainal, mahu saman

Posted By: TTO Admin - 6.10.13


PETALING JAYA: Pelakon Aeril Zafrel, 25, enggan membuat sebarang komen terhadap berita tentang hubungan perkahwinannya dengan pelakon Wawa Zainal.

Pembantu peribadinya Aman, berkata, buat masa ini pelakon tersebut sedang sibuk dengan penggambaran drama namun ada memberitahu akan mengambil tindakan mahkamah terhadap individu yang menyebarkan berita itu.
"Buat masa sekarang Aeril tidak mahu beri sebarang komen tentang perkara tersebut tatapi dia beritahu saya bahawa dia akan mengambil tindakan mahkamah, apa-apa pun tunggu kenyataan dia nanti," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar tentang status pernikahan Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari yang didakwa sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal pada 4 Februari lalu.

Laporan daripada B*POP yang menggemparkan dunia hiburan

Hasil perkahwinan tersebut juga dikatakan telah memperolehi seorang cahaya mata pada 24 Ogos 2013 yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.

Terdahulu, desas-desus tentang hubungan rapat mereka telah terdengar namun dinafikan Aeril dengan memberitahu hubungan baik tersebut hanya sebagai rakan artis semata-mata.

Sementara itu, melalui laman sosial Twitter milik pelakon ini menulis, dia akan mendedahkan perkara tersebut jika tiba masanya.
"Alhamdulillah...'mereka' telah keluarkan 'senjata terakhir' seperti yg dijangkakan...terlalu naif 'mereka' yang melontar batu sembunyi tangan ini
"Sampai masanya nanti saya akan dedahkan siapa dan tujuan sebenar 'mereka' itu," tulisnya pada Ahad. -Mstar
Printscreen daripada Akhbar BPOP Wawa Zainal dan Aeril Zafrel sah bernikah? Bukti bergambar didedahkan

#Memang hangat berita ni. Apa respon B*POP nanti, sama-sama kita nantikan

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab