Tuesday 8 October 2013

Bumbung Madrasah runtuh, nasib tak hempap pelajar!

Posted By: TTO Admin - 8.10.13

Jasin: Sebuah madrasah di Simpang Bekoh, di sini, yang sedang dalam pembinaan runtuh akibat dipukul ribut, tengah malam kelmarin.

Kejadian berlaku jam 12 malam itu menyebabkan keseluruhan bangunan terbabit runtuh dan menghempap sebuah kereta Proton Saga yang diletakkan di situ.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Sheikh Ismail (PAKSI) Mohd Yusof Mohd Dan berkata, tiada kemalangan jiwa berlaku berikutan ketika kejadian madrasah yang dibina di bawah kendalian pihaknya itu kosong.

“Sebelum kejadian, seramai 15 jemaah baru selesai mengikuti kuliah tauhid di madrasah itu.

“Walaupun madrasah itu dalam peringkat 90 peratus siap, namun kami sudah menggunakannya.

"Saya mengetahui mengenai kejadian selepas pihak pentadbir memaklumkan bangunan itu runtuh dipercayai dipukul angin ribu." katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Yusof berkata, meskipun bangunan itu yang dirancang dijadikan tempat pengajian pelajar tahfiz belum siap sepenuhnya, namun pihaknya sudah menggunakannya sebagai tempat kuliah agama dan ruang solat sejak Ramadan lalu.

"Madrasah itu masih dalam proses kelulusan pihak berkenaan, namun kerje-kerja pembinaan sudah pun dimaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Agama Islam Melaka," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bestari dan Penyelamat Jasin Bestari Mohamad Maskor Ahmad Thayar berkata, seramai sembilan pegawai bersama dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima maklumat.

"Siasatan awal mendapati madrasah yang dibina di kawasan ladang getah itu dipercayai runtuh kerana tiang utamanya tidak dapat menampung bebab bumbung menyebabkan patah sebelum runtuh," katanya. -HMetro

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab