Sunday 13 October 2013

3 Gambar nahas ngeri proton iswara bertembung bas ekspress, seorang wanita maut

Posted By: TTO Admin - 13.10.13

TEMERLOH 13 Okt. - Seorang wanita terbunuh manakala anak lelakinya cedera parah selepas kereta dipandu bertembung dengan sebuah bas ekspres dalam kejadian di Kilometer 115 Jalan Kuala Lumpur - Kuantan dekat Kampung Sungai Gau di sini malam tadi.

Mangsa, Ridzuna Mohd. Haluwi, 33, meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak lelakinya, Mohamad Ameer Nazreen Rohaimi 12, cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di sini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, dalam nahas pukul 8 malam itu, bas ekspres membawa 34 penumpang dari arah Temerloh ke bandar Jengka itu cuba memotong sebuah kereta sebelum bertembung dengan kereta dinaiki mangsa.

"Semua pemumpang bas selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN


KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab