Wednesday 16 October 2013

Gambar nahas wanita mengandung 5 bulan maut rempuh van di Pord Dickson

Posted By: TTO Admin - 16.10.13


PORT DICKSON - Seorang wanita yang sarat mengandung lima bulan maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum bertembung dengan sebuah van di di Kilometer 13 Jalan Sua Betong di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku pukul 7.15 pagi mangsa, Norma Loman, 33, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius di bahagian badan dan kepalanya.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Abd. Wahab Harun ketika dihubungi berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah Linggi menghala ke Port Dickson untuk menuju ke tempat kerjanya.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa gagal mengawal kereta jenis Proton Saga yang dipandunya sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah van jenis Nissan Venette. 

#Takziah kepada keluarga mangsa

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab