Wednesday 9 October 2013

Menteri Besar tegur rakyat Kelantan mampu beli rokok mahal, tapi liat bayar cukai tanah

Posted By: TTO Admin - 9.10.13


KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob hari ini menegur rakyat Kelantan kerana liat menjelaskan cukai tanah yang kini tunggakannya mencecah RM21 juta.

Beliau berkata, sikap mereka amat dikesali kerana sukar membayar cukai namun mudah membeli rokok.

"Harga rokok naik lebih RM10 boleh dibeli, tetapi cukai tanah yang dibayar untuk tempoh setahun sekali sukar untuk menjelaskannya," katanya ketika menjawab soalan Abdul Rahman Yunus (PAS-Pasir Tumboh) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan Negeri berkata, kerajaan negeri menubuhkan dua jawatankuasa bertindak bagi mengutip tunggakan itu termasuk berbincang dengan pemilik tanah.

Beliau berkata pemilik tanah yang terbabit dengan hakisan pantai diminta

menukar status tanah kerana tanah yang terhakis menjadi lautan tidak dikenakan cukai tanah. - Bernama

#RM21 Juta macam-macam boleh buat...

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab