Tuesday 8 October 2013

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akan jawab isu "kahwin dan anak" jumaat ini!

Posted By: TTO Admin - 8.10.13

Pelakon Aeril Zafrel, 26, akan mengadakan sidang akhbar khas Jumaat ini bagi menjelas dan menjawab segala kemelut yang melanda dirinya.

Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Sunari yang ditemui pada lokasi penggambaran telefilem Cinta Mat Semperit di sini hari ini berkata, dia akan menjelaskan semua perkara pada hari Jumaat nanti.

"Semua perkara mengenai saya akan terjawab pada hari itu. Buat masa ini, saya tidak mahu membuat sebarang komen mengenai hal peribadi saya.

"Pada Jumaat ini, Wawa Zainal akan hadir sekali menjawab segala persoalan yang menjadi tanda tanya semua pihak," kata Aeril tegas.

Jelas pelakon drama bersiri Cinta Jannah itu, dia mengambil tindakan untuk berdiam diri ketika ini tanpa memberi sebarang komen tentang kemelut itu kerana bersebab.



Dua hari lalu, kecoh apabila sebuah akhbar memaparkan berita mengenai Aeril dan pasangannya, pelakon Wawa Zainal, 21, sebenarnya telah mendaftar pernikahan mereka di Pejabat Agama Islam Daerah Petaling pada 4 Februari lalu.

Malah mereka juga didakwa telah mempunyai seorang bayi lelaki bernama Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos lalu di sebuah hospital di sini.

Sementara itu, pengurusnya, Shariman Wahab, mahu pihak yang melaporkan berita mengenai pernikahan dan kelahiran bayi yang didakwa sebagai anak pasangan tersebut tampil membawa salinan dokumen sebagai bukti pendedahan tersebut pada sidang akhbar berkenaan nanti.

"Saya tidak bermaksud untuk mencabar sesiapa tetapi jika pihak berkenaan berani menyiarkan berita sedemikian, mana bahan bukti untuk mengesahkan laporan itu," katanya. - Utusan

Printscreen daripada Akhbar BPOP Wawa Zainal dan Aeril Zafrel sah bernikah? Bukti bergambar didedahkan

Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel enggan ulas berita perkahwinan dengan Wawa Zainal, mahu saman

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab