Sejak minggu lalu, kemelut antara Rabecca Nur Al Islam dengan pengarah terkenal Erma Fatima semakin berlarutan. Namun, Rabecca nampaknya mula mendapat sokongan daripada ramai pemerhati dan peminat industri hiburan dengan tindakannya yang dianggap mulia.
Dipetik daripada artikel Utusan, Rabecca telah mendermakan hasil wang saman berjumlah RM11,200 itu kepada mangsa banjir di Pahang. Di dalam akaun Instagram beliau, Rabecca menunjukkan gambar barang-barang keperluan yang akan dibawa ke sana nanti.
Bercakap mengenai pembayaran dalam nota RM1 daripada Erma pula, Rabecca telah mengambil keputusan untuk tidak memanjangkan lagi masalah tersebut.
"Saya tidak tahu mengapa dia berbuat demikian, mungkin ini membuktikan dia masih tidak ikhlas mahu melakukan pembayaran mengikut arahan mahkamah. Bagaimanapun untuk tidak memanjangkan lagi kes ini, saya terima.
"Kini saya dalam perjalanan ke Kuantan untuk membantu mangsa-mangsa tragedi banjir di sana dengan menggunakan duit tersebut," ujarnya yang telah membeli barang-barang seperti makanan dan keperluan harian asas.

Ramai pihak berharap tiada lagi isu remeh dan publisiti murahan daripada kedua-dua pihak selepas ini.
Oleh : Sri Wani
Oleh : Sri Wani
KONGSI
& Komentar
Tweet