Thursday 26 December 2013

"Bagi dia, kahwin umpama benda boleh dibuat main-main" Lana Nordin

Posted By: TTO Admin - 26.12.13

Hubungan cinta pasangan pelakon popular, Johan As'ari dan Lana Nodin akhirnya menemui titik noktah apabila Johan mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka selepas lebih sebulan bersama.

Lana yang menerima keputusan ini dengan tenang menganggap hubungan mereka yang putus selepas selepas sebulan tidak memberi impak yang besar terhadapnya.

"Johan melamar saya selepas baru tiga hari berkenalan. Saya bukanlah bodoh, tiga hari bertemu sudah mahu dilamar sebagai isteri. Dia suka ajak orang kahwin. Bagi dia berkahwin umpama benda yang boleh dibuat main-main," ujar Lana ringkas.

Sebelum ini, Johan bertindak memutuskan hubungan dengan Lana kerana tidak mahu mahu menyeksa hati dan perasaan Lana. Malah, walaupun mengakui masih menyayangi wanita itu, Johan terpaksa memilih keluarga kerana tidak mahu dianggao sebagai anak derhaka. - Media Hiburan

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab