Jambatan taktikal perlu dibina ekoran sebahagian daripada lima meter tebing Sungai Limbungan runtuh. Kemaman merupakan daerah yang paling teruk dilanda banjir di Terengganu.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Kor Jurutera Diraja bertanggungjawab membina jambatan 'Compact 200' dengan kerjasama daripada Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) yang berpangkalan di Gemas, Negeri Sembilan.
Menurut beliau lagi, pembinaan jambatan tersebut penting untuk menghubungkan kawasa-kawasan yang terjejas agar operasi penghantaran bekalan makanan, perubatan dan lain-lain keperluan kepada mangsa banjir dapat dilaksanakan.
Di bawah gambar-gambar pembinaan jambatan taktikal. Terima kasih abang-abang askar semua!
|
Sumber Gambar: Terengganupostonline.com |
|
Sumber Gambar: FB Vat69 |
|
Sumber Gambar: Mstar |
|
Sumber Gambar: NST |
KONGSI
& Komentar
Tweet