Monday 23 December 2013

Borang BR1M 2014 kini dibuka - Info panduan dan syarat kelayakan

Posted By: TTO Admin - 23.12.13



23 Disember 2013 - Permohonan BR1M 3.0/2014 kini dibuka untuk rakyat Malaysia. Bagi penerima BR1M sedia ada, mereka tidak perlu mendaftar kali kedua kecuali wajib mengemaskini maklumat seperti alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. Hal ini kerana kerajaan bercadang menyalurkan bantuan terus kepada akaun bank penerima. Syarat kelayakan dan panduan mengisi borang seperti dibawah:

  • Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:
  1. Warganegara Malaysia 
  2. (Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar 
  3. bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  4. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  5. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  • Sila kemukakan salinan:
  1. MyKad bagi pemohon; dan 
  2. MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan) 
  • Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
  • Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014


Untuk mendapatkan borang BR1M 2014, sila download disini (save as) : 



Untuk mendaftar secara atas talian sila klik sini : 



  • Panduan mengisi borang BR1M atas talian: (KLIK SINI)
  • Panduan mengemaskini permohohan BR1M 2.0 atas talian : (KLIK SINI)

Jika anda terjumpa borang yang lain daripada borang ini, ada kemungkinan borang tersebut palsu. Boleh dapatkan maklumat dengan menelefon Talian Hotline BR1M iaitu 1-800-88-2716.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab