Saturday 14 December 2013

9 Gambar sekitar majlis perkahwinan Wan Maimunah dan Makpol Saimon

Posted By: TTO Admin - 14.12.13

JOHOR BAHRU 13 Dis. - Aktres veteran, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 60, kini bergelar isteri kepada usahawan makanan, Makpol Saimon, 53, dengan mas kahwin 'bimbingan ke jalan yang diredai Allah' di sini malam ini.

Pasangan tersebut selamat diijabkabulkan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-undang Syariah Jabatan Agama Johor (JAJ), Makhadzir Abdan pukul 8.20 malam dengan sekali lafaz berwalikan adik lelaki pengantin perempuan, Wan Hamzah.

Dramatis yang terkenal dengan watak air mata itu juga menerima sebentuk cincin dan gelang emas sebagai simbolik wang hantaran, disarungkan oleh suaminya ketika menyempurnakan upacara pembatalan air sembahyang.

Wan Maimunah yang anggun dalam busana berwarna putih rekaan Iezla Bridal, kelihatan menitiskan air mata sejurus pernikahan dan cuba ditenangkan oleh ahli keluarga serta sanak-saudara.

Ketika ditemui, dia menzahirkan rasa syukurnya ke hadrat Ilahi kerana pada usia sedemikian, masih ada lelaki yang mahu mengahwininya.

"Sebab itulah saya tidak meminta wang ringgit atau harta sebagai mas kahwin, tetapi bimbingan oleh suami ke jalan yang diredai Allah.

"Dia (suami) sanggup memperisterikan saya dan menjadi peneman sepanjang hidup saya. Itu sahaja sudah memadai," katanya dalam nada sebak.

Sementara itu, Makpol memberitahu, dia tidak akan menghalang isterinya untuk terus aktif dalam dunia seni malah merestuinya.

"Saya tidak boleh merubah apa yang sudah sebati dalam hidupnya dan bersedia berhadapan dengan rencah kehidupan dunia artis," katanya. -Utusan


Gambar Kredit: Mygosip

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab