Ternyata beliau cuba membuat provokasi dengan mengubah bentuk jalur gemilang dengan rekaan yang hina.
Mungkin ini adalah respon kepada kes Rakyat Malaysia yang didakwa menghina bendera Indonesia dan telah dihukum penjara 15 bulan.
Broderick “Achin” Chin Teck Fui, seorang warga cina Malaysia yang bekerja di Indonesia secara berseloroh berkata kepada pekerja bawahannya, jika mereka tiada bendera yang baru dia boleh memberikan seluar dalam putihnya. Untuk warna merah pula, dia menyuruh mereka meminta seluar dalam isterinya.
Achin merupakan Pengurus Operasi di PT Kreasijaya Adhikarya, sebuah syarikat pemprosesan minyak sawit Malaysia di sana.
Nampaknya, walaupun serumpun, kemelut persengketaan ini tidak akan berakhir sekiranya mentaliti rakyat di kedua-dua negara masih berada di kelas ketiga.
KONGSI
& Komentar
Tweet