Sunday 15 December 2013

Video Hantu Galah berkeliaran di Flat PPR Sri Semarak, Setapak!

Posted By: TTO Admin - 15.12.13


Anda perlu saksikan video ini! Hantu Galah ini didakwa berjaya dirakam di Flat PPR Sri Semarak, Setapak, Kuala Lumpur. Seakan tidak percaya apabila melihat video ini kerana pergerakan hantu galah tersebut amat real!


Sumber: Cay Man R Facebook (Upload semula di youtube)

Menurut info Wikipedia, Hantu Galah merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan.

Ia dikatakan berbentuk manusia tetapi bersaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya dikatakan menyapu awan. Ia sering kali ditemui jauh di dalam hutan dan biasanya hanya kakinya yang kelihatan.

Mereka yang diusiknya dikatakan sering menyangka kakinya sebagai batang pokok. Kakinya dikatakan berbulu panjang dan hanya mangsa hanya terserempak pada waktu malam apabila sering bersandar atau memegang kakinya, atau ketika melalui celah kangkangnya.

Manusia yang bersahabat dengannya dikatakan boleh mencabut bulu betisnya yang akan dibakar untuk menyerunya apabila memerlukan pertolongannya.

Serammm...

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab