Monday 9 December 2013

Bekas Model Playboy warga Malaysia kini berhijab penuh

Posted By: TTO Admin - 9.12.13


Gambar-gambar dibawah dikongsikan sendiri di blog beliau


Felicia Yeap, model seksi berasal dari Malaysia adalah model ke 3 dari negara ini pernah menghiasi  majalah Playboy. Beliau mengejutkan ramai pihak apabila mengambil keputusan untuk berhijab. Walaupun belum menganut Agama Islam, beliau mempunyai alasan tersendiri untuk mengenakan pakaian sebegitu.

Felicia dalam blog peribadinya menulis - " Saya lebih berharga daripada mempamerkan badan saya, saya lebih daripada itu!"

Beliau mengaku beliau amat naif apabila bekerja di bidang permodelan selama ini. Malah beliau turut mengaku berasa kosong apabila sering dipergunakan oleh ramai pihak semata-mata untuk memperagakan tubuh badannya.

Akhirnya Felicia memilih untuk memperbaiki hidupnya, mendekati diri dengan tuhan dan mendalami agama.

"Saya jatuh cinta dengan baju kurung Melayu tradisional kerana ia benar-benar selesa untuk dipakai ..."

"... Dan apabila saya melihat diri sendiri, saya rasa bebas ... saya rasa begitu gembira dan dilindungi ... saya rasa selamat ..."


"... Dan ia hampir membuat saya menangis apabila saya melihat ke dalam cermin dengan tudung biru yang saya pakai..."

Akhirnya, Felicia mengatakan beliau gembira dengan keadaannya sekarang. Felicia juga tidak kisah walaupun ramai yang pelik melihat seorang yang bukan muslim mengenakan pakaian muslimah. 

Semoga Felicia mendapat hidayah dari Nya... 


Gambar-Gambar Felicia Yeap bertudung:




KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab