Monday 30 December 2013

11 Gambar Banglo hangus terbakar di TTDI petang tadi

Posted By: TTO Admin - 30.12.13


KUALA LUMPUR - Satu kejadian kebakaran berlaku di kawasan perumahan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) petang tadi.

Pihak Bomba TTDI mengesahkan bahawa mereka menerima panggilan pada jam 6.42 petang dan tiba di tempat kejadian pada jam 6.50. Ia melibat sebuah banglo di Persiaran Burhanuddin Helmi, TTDI. Ketika dihubungi pada jam 8.05 malam tadi, pihak bomba masih lagi mengawal kebakaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Armdan Mahat masih berada di lokasi kejadian dan tidak dapat dihubungi.

Menurut sumber polis, empat jentera bomba dari Balai Bomba Taman Tun Dr. Ismail, Balai Bomba Sri Hartamas, Balai Bomba Hang Tuah dan Balai Bomba Pantai digegaskan ke lokasi untuk mengawal kebakaran, menurut sumber Awani.







KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab